Tuesday, June 19, 2012

Kinda Funny Day!



Assalamualaikum
.
.
.

Hai geng. Korang tengah buat ape tu? Haa hari ni kan aku nak share something kat korang sume. Korang nak tau tak nak tau tak? JengJengJeng. Bajet suspen je kan hehe. Nanti aku cite kat korang k. Tunggu tau. skarang ni aku nak cite pasal aku pegi DATC malam tadi. Korang tau tak DATC tu ape? haa ni la Dewan Agong Tuanku Canselor. Malam tadi ade event kat sini. Sebenarnya aku excited gile nak update blog kiki.


Event ni wajib pegi untuk bebudak dip and asasi. Korang nak tau tak ni event ape? okay, nampak macam excited je tu kn. Ni event Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia! Disebabkan weekend memang tak ade keje and memang bosan duk bilik je. So, kitorang join la aktiviti kolej ni. Bila dah sampai depan muka pintu dewan tu kan. Ade la suara-suara yang aku dengar dia cakap''semua kuarkan ticket'' untuk pas masuk dalam dewan tu. Kitorang dah cuak gile dah sebab kitorang tak ade ticket pas untuk masuk dewan tu haha. Pastu kan, kitorang dah kena himpit dengan orang ramai, terpaksa la ke depan jugak. Bila sampai kat kaunter tu kan nasib dia tak mintak pas masuk hihi. Ingat nak menyelit je klu dia mintak pas masuk haha.


Time ni dah selesai event tu. Sementara tunggu artis kuar shoot la gambar dua tiga kepingkan.


Klakar gak la bila artis dah kuar. Kawan-kawan aku excited gila. Duk kejar-kejar haha.. Sebab nak gambar ngn artis la katekan, yang tak leh blah sume tak nak pegang kamera sebab takut muka dia tak pat masuk kamera :D


''Fariddd Kamillllllllll'' sape yang panggil tu? miahahaa.. orang lain yang jerit, orang lain pulak yang dapat malu hahaa. Tak dapat gambar dengan Farid Kamil pn takpe la tak kesah. Dapat gambar dengan Tasha Shilla pon jadi la.


Okay dah penat main kejar-kejar.. Muka pon dah lesu. Sampai tak sedar pukul12.40a.m. Aku memang risau gile sebab takut tak pat masuk kolej. Nak panjat pagar takut orang nampak haha. Ganas sekali skala tak ade masalah. Pastu kami ikut la pintu depan, jauh dowh kena pusing pegi PK plak dah la jalan kaki. Penat nak mampos malam tu. Nasib pak gard buat relax je. Okay selamat tak yah kena tulis nama miahahaa.





Thursday, June 14, 2012

Roommate

Assalamualaikum


Hai kawan-kawan. Dah lama aku tak update blog aku ni haha. Pemalas betul aku ni kan. Actually, aku tak tau nak update apa. So, sekarang baru terasa nak update balik hee. Disebabkan kebosanan telah melanda diriku ni sejak 5hari yang lepas, jadi aku rasa nak share sesuatu dengan korang sume. Almaklum la kan, baru masuk sem baru, semua pun nak baru la kan. Haa, sem ni jugak yang last untuk aku tamatkan diploma. Aku budak diploma je. Tak mampu lagi untuk degree terus. InsyaAllah lepas abis dip ni aku akan sambung degree plak. Doakan aku ya kawan-kawan.
.
.
.
.
.
.
.

8hb aku dah ready kat kL. Awal betul aku datang sini. Hurm, klu ikutkan hati memang aku nak extend lagi seminggu haha. Disebabkan parent aku yang hantar aku ke sini terpaksa la follow diorang. Pergi awal-awal sebab nak shopping untuk raya sebenarnya :). Korang dah shopping ke untuk raya nanti? [puasa pun belom lagi dah sebok cakap pasal raya haha] biasa la kan, sekarang ni pun tukang jahit dah tak terima tempahan sebab dah ramai yang tempah untuk raya nanti. okay, abaikan cerita pasal raya tu sebab aku bukan nak cerita pasal tu pun sebenarnya.
.
.
.
.
.
.
.

Awal pagi kira-kira jam 9.30 aku dah terpacak kat depan pejabat kolej Mawar ni. Masa nak daftar tu ada pulak minah gedik buat lambat-lambat kat kaunter tu. Haishh geram aku dah la time tu aku sakit perut. Aku memang harap sangat tak sama bilik dengan bebudak Professional Account a.k.a CAT ni. Korang nak tau kenapa? hmm tak yah tau la kan. ok. Tak nak cerita pun haha. Bila turn aku kat kaunter tu ingat dapat la sebilik dengan kawan aku. Hmm hampeh je, langsung tak dapat. TupTup aku dapat sebilik dengan budak muzik and sport. Okay la, aku redha je dapat dengan bebudak ni huhu. Masa mula-mula masuk bilik 1B-00-09 tu aku macam sombong sket kut haha sebab aku tunggu diorang dulu tegur aku. [jahat kan aku] Sebenarnya aku tak de lah sejahat korang sangkakan tu, aku cuma saja je nak test korang. Aku kan senior hehe. Bebudak tu junior aku yang budak muzik tu part3 and budak sport rek tu part2.






Okay point of view kat sini, cuma nak share about rumet untuk sem ni hehe. Mereka ni okay la untuk masa sekarang ni. Tak de masalah. Aku lebih suka rumet yang buat hal sendiri. Kalau dapat rumet macam kat gambar atas ni Haishh agak tak suka aku. Stress gila, sebab aku pernah dapat rumet macam dalam gambar tu hehe. Tu rumet sem yang lepas-lepas la :) Okay lupakan yang lalu. Kita bukak buku baru pulak kan. Tu je lah aku rasa untuk hari ni. Nanti kalau aku free, aku akan update lagi. Macam la ada orang baca blog aku ni kan haha. [kalau korang nak cakap aku syok sendiri cakap lah, ada mak Jemah kesah!] HAHA. byebye kawan.



Monday, October 24, 2011

layan saja la :)





hariku
harus dipenuhi dengan kehadiranmu sayangku
fikiranku
hanya dipenuhi dengan senyumanmu

alangkah indah
jika dirimu sentiasa
disisiku sayangku
berikanku hanya satu
hanya satu
lagu

hariku
harus dipenuhi dengan kemanjaanmu cintaku
fikiranku
hanya dipenuhi dengan suaramu divaku

alangkah indah (2x)
jika dirimu sentiasa
disisiku sayangku
berikanku hanya satu
hanya satu
lagu

Tuesday, September 27, 2011

Adab minum Rasulullah S.A.W



Air mempunyai kelebihannya yang tersendiri

Rasulullah S.A.W. amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini adalah amalan kesihatan. Rasulullah S.A.W. juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa pada waktu pagi.

Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:

1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir).

2. Mencuci perut.

3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal di dalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke dalam usus besar.

4. Menghapuskan sekatan di dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu.

5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.

Rasulullah S.A.W. suka minum air yang telah disimpan semalaman di dalam suatu bekas.

Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa: "Antara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah S.A.W. suka minum minuman manis dan sejuk". Hadis ini bermaksud, baginda menggemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar).

Di dalam suatu doa, Rasulullah ada menyebut: "Ya Allah, kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar daripada cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk".

Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul di dalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan. Ini sekali gus berperanan sebagai bahan pemakanan dan mencernakan makanan yang masuk ke dalam tubuh, lalu menyalurkannya ke seluruh anggota badan.

Ringkasan adab minum:

1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan.

2. Bacalah "Bismillah".

3. Minum dengan tiga nafas.

4. Minum dalam keadaan duduk.

5. Jangan bernafas ke dalam air. Setiap kali berhenti minum, arahkan pernafasan ke tempat lain.

6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan), bacalah Alhamdulillah.

7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri.

8. Jangan terus minum selepas selesai mengerjakan kerja-kerja berat.

9. Minumlah dari baki air yang telah diminum oleh orang lain. Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit.

Saturday, July 2, 2011

Bersahaja











cube korg teka ape yg trsembunyi dalam gambar ni ?


jangan nk serious sangat !


ye ye ye.. entry kli ni mls nk bercerita pnjang lebar.


jam mnunjukkan pukul11.30p.m.,,, alamakk, agak cuak cuz takut guard kunci pagar.
nasib baik ade penghuni luar yg menginap kt kolej tu.
dorang pn bru sampai
boleh join dorg
hahahhaa
perghhhh jumpe plak dgn abang Tak.
adoihhh,, nasib baik tak kne tahan.
klu x mmg bala laaaa
kkkkkkk....
dh mls nak merepek lg..
hehehe..
akhirnye dpt gak masuk kolej
klu x mmg kne tido kat luar la nmpknya..

ok
byebyebye
lain kali plak aku update blog yg dh brhabuk ni k..







Wednesday, May 18, 2011

semester break

kebosanan tahap melampau dah aku ni..



cuti sem kali ni sama je macam sem lepas agak membosankan
cuti pun sekejap je tapi ok la tu cuti sebulan

aktiviti masa cuti sem ni ea??

apa lagi bina lemak la mahahaha...
aku sebenarnya dah bosan gila ni..
dah tak tau nak buat apa kat rumah ni
nak sambung buat lesen malas plak rasa sebab cuti pun sekejap je kan
sebab tu lah aku rajin sket nak update blog ni
time kat kolej tak ada masa nak update blog
tunggu time cuti cam ni la boleh update blog

korang buat apa je duk kat rumah klu time cuti camni??
acu cite sket kat aku ni
boleh la aku hilangkan bosan aku ni
atau korang suggest je la kat aku ni apa2 aktiviti yang boleh hilangkan rasa bosan
tapi sabar je la dah tinggal lebih kurang dalam 2 minggu lagi kut nak masuk sem baru huhu...
nanti bila start kelas mula la plak rasa nak cuti
time cuti rasa bosan plak
adoiiiya..macam2 la
tu la lumrah kehidupan
so,
jom la kita nikmat betul-betul cuti yang pendek ni
macam mana nak nikmat cuti ni ye?
hahahahahaa
koe pk la sendiri :D


yang tak berapa nak ikhlas,
.cikazy.

hahhaa
aku gurau je
aku ikhlas sangat nak update blog ni
siyes aku tak tipu

ok la byebye semua
klu ada masa lagi aku update lagi blog aku yang dah berabut ni ok
tapi aku nak tanya sket
ade ke orang baca blog aku ni??
hahhaaa
ke aku je yang syok sendiri duk tulis pepanjang dalam blog ni hahaha
tapi tak kesah la ade orang baca or tak
klu tak ada orang baca tak pe la
biar aku je la yang baca
last2,
aku sendiri yang gelak
hahahaha
ok insyaAllah esok2 klu aku rajin aku update lagi







Friday, May 13, 2011

BEST FRIEND FOREVER...





kacak luar...
kacak dalam...
kacak dengar sini...
kalau saya senyum...
awak mesti senyum sekali...
kalau kita senyum semua orang berjangkit...
bila semua orang senyum...
dunia tiada penyakit...


itulah serba sedikit lirik lgu yg dpetik dr lgu SENYUM yg
dnyanyikn oleh MALIQUE n NAJWA...
maklumlah semenjak cuti nie terasa bminat plak nk lyn lgu...
lgu senyum plak 2...
senyum dpt cuti...
hahaha...


k lah...
alang2 dh cuti nie...
ak x lpaskn pluang utk jumpe ngn bespren ak...
kami tlah bkwn sejak skolah menengah lg...

yg sorg 2 namenye AIN atau ak pnggil dye KAK LONG
maklumlah plg tinggi...

yg sorg lg namenye FADZRIENA atau dpanggil KAK NGAH...

yg sorg lg nk tau sape???
ak lah...
bongsu la katekn...
yg plg kecik dlm 3 org nie...
2 dpt name ADIK SU 2...
hahaha...

bleh dikatekn setiap kali cuti la kami akn jumpe
(reunion la katekn)...




nie la AIN...
NAME SAMARAN : KAK LONG
TARIKH LAHIR : XX XX 1992
HOBI : peluk teddy bear
KELEBIHAN : tinggi(dpt amik teady bear yg duk ats rak yg tinggi2)





nie plak FADZRIENA...
NAME SAMARAN : KAK NGAH
TARIKH LAHIR : XX XX 1992
HOBI : jeling org(ganas 2)
KELEBIHAN : manja(klu KAK LONG x lyn dpt ngadu kt ADIK SU)





nie ak...
NAME SAMARAN : ADIK SU
TARIKH LAHIR : XX XX 1992
HOBI : tulis blog n lukis(pkai letak je)haha
KELEBIHAN : adik bongsu(mntk pape mesti dpt)






so akhir kalam...
kami btiga nie slalu bersama klu mase cuti...
mcm tiga dara pingitan...
mmg best dpt kwn mcm dia org nie...
tq sudi jd kwn ak...
BEST FRIEND 4 EVER...