Tuesday, June 19, 2012

Kinda Funny Day!



Assalamualaikum
.
.
.

Hai geng. Korang tengah buat ape tu? Haa hari ni kan aku nak share something kat korang sume. Korang nak tau tak nak tau tak? JengJengJeng. Bajet suspen je kan hehe. Nanti aku cite kat korang k. Tunggu tau. skarang ni aku nak cite pasal aku pegi DATC malam tadi. Korang tau tak DATC tu ape? haa ni la Dewan Agong Tuanku Canselor. Malam tadi ade event kat sini. Sebenarnya aku excited gile nak update blog kiki.


Event ni wajib pegi untuk bebudak dip and asasi. Korang nak tau tak ni event ape? okay, nampak macam excited je tu kn. Ni event Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia! Disebabkan weekend memang tak ade keje and memang bosan duk bilik je. So, kitorang join la aktiviti kolej ni. Bila dah sampai depan muka pintu dewan tu kan. Ade la suara-suara yang aku dengar dia cakap''semua kuarkan ticket'' untuk pas masuk dalam dewan tu. Kitorang dah cuak gile dah sebab kitorang tak ade ticket pas untuk masuk dewan tu haha. Pastu kan, kitorang dah kena himpit dengan orang ramai, terpaksa la ke depan jugak. Bila sampai kat kaunter tu kan nasib dia tak mintak pas masuk hihi. Ingat nak menyelit je klu dia mintak pas masuk haha.


Time ni dah selesai event tu. Sementara tunggu artis kuar shoot la gambar dua tiga kepingkan.


Klakar gak la bila artis dah kuar. Kawan-kawan aku excited gila. Duk kejar-kejar haha.. Sebab nak gambar ngn artis la katekan, yang tak leh blah sume tak nak pegang kamera sebab takut muka dia tak pat masuk kamera :D


''Fariddd Kamillllllllll'' sape yang panggil tu? miahahaa.. orang lain yang jerit, orang lain pulak yang dapat malu hahaa. Tak dapat gambar dengan Farid Kamil pn takpe la tak kesah. Dapat gambar dengan Tasha Shilla pon jadi la.


Okay dah penat main kejar-kejar.. Muka pon dah lesu. Sampai tak sedar pukul12.40a.m. Aku memang risau gile sebab takut tak pat masuk kolej. Nak panjat pagar takut orang nampak haha. Ganas sekali skala tak ade masalah. Pastu kami ikut la pintu depan, jauh dowh kena pusing pegi PK plak dah la jalan kaki. Penat nak mampos malam tu. Nasib pak gard buat relax je. Okay selamat tak yah kena tulis nama miahahaa.





Thursday, June 14, 2012

Roommate

Assalamualaikum


Hai kawan-kawan. Dah lama aku tak update blog aku ni haha. Pemalas betul aku ni kan. Actually, aku tak tau nak update apa. So, sekarang baru terasa nak update balik hee. Disebabkan kebosanan telah melanda diriku ni sejak 5hari yang lepas, jadi aku rasa nak share sesuatu dengan korang sume. Almaklum la kan, baru masuk sem baru, semua pun nak baru la kan. Haa, sem ni jugak yang last untuk aku tamatkan diploma. Aku budak diploma je. Tak mampu lagi untuk degree terus. InsyaAllah lepas abis dip ni aku akan sambung degree plak. Doakan aku ya kawan-kawan.
.
.
.
.
.
.
.

8hb aku dah ready kat kL. Awal betul aku datang sini. Hurm, klu ikutkan hati memang aku nak extend lagi seminggu haha. Disebabkan parent aku yang hantar aku ke sini terpaksa la follow diorang. Pergi awal-awal sebab nak shopping untuk raya sebenarnya :). Korang dah shopping ke untuk raya nanti? [puasa pun belom lagi dah sebok cakap pasal raya haha] biasa la kan, sekarang ni pun tukang jahit dah tak terima tempahan sebab dah ramai yang tempah untuk raya nanti. okay, abaikan cerita pasal raya tu sebab aku bukan nak cerita pasal tu pun sebenarnya.
.
.
.
.
.
.
.

Awal pagi kira-kira jam 9.30 aku dah terpacak kat depan pejabat kolej Mawar ni. Masa nak daftar tu ada pulak minah gedik buat lambat-lambat kat kaunter tu. Haishh geram aku dah la time tu aku sakit perut. Aku memang harap sangat tak sama bilik dengan bebudak Professional Account a.k.a CAT ni. Korang nak tau kenapa? hmm tak yah tau la kan. ok. Tak nak cerita pun haha. Bila turn aku kat kaunter tu ingat dapat la sebilik dengan kawan aku. Hmm hampeh je, langsung tak dapat. TupTup aku dapat sebilik dengan budak muzik and sport. Okay la, aku redha je dapat dengan bebudak ni huhu. Masa mula-mula masuk bilik 1B-00-09 tu aku macam sombong sket kut haha sebab aku tunggu diorang dulu tegur aku. [jahat kan aku] Sebenarnya aku tak de lah sejahat korang sangkakan tu, aku cuma saja je nak test korang. Aku kan senior hehe. Bebudak tu junior aku yang budak muzik tu part3 and budak sport rek tu part2.






Okay point of view kat sini, cuma nak share about rumet untuk sem ni hehe. Mereka ni okay la untuk masa sekarang ni. Tak de masalah. Aku lebih suka rumet yang buat hal sendiri. Kalau dapat rumet macam kat gambar atas ni Haishh agak tak suka aku. Stress gila, sebab aku pernah dapat rumet macam dalam gambar tu hehe. Tu rumet sem yang lepas-lepas la :) Okay lupakan yang lalu. Kita bukak buku baru pulak kan. Tu je lah aku rasa untuk hari ni. Nanti kalau aku free, aku akan update lagi. Macam la ada orang baca blog aku ni kan haha. [kalau korang nak cakap aku syok sendiri cakap lah, ada mak Jemah kesah!] HAHA. byebye kawan.